Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Aktiviti plogging telah dijalankan di kawasan rekreasi Nusa Bayu Lake Park dengan kehadiran seramai 16 orang yang terdiri daripada kakitangan MBIP, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp dan komuniti setempat. Nusa Bayu Lake Park ini merupakan salah satu kawasan tarikan yang sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan pengunjung. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut menyemai rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.
Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut menyemai rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran. Nilai murni dalam mencintai alam sekitar ini harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian tidak mengira usia.
Kawasan rekreasi ini dipenuhi dengan sampah-sarap terutamanya plastik, kertas dan botol kaca. Sebanyak 41kg sampah-sarap telah berjaya dikutip dan dikumpulkan. Melalui aktiviti ini, kita boleh lihat betapa pentingnya menjaga kebersihan persekitaran supaya ia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang. Semoga langkah kecil ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai untuk memulakan perubahan
