Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PEMBAIKAN LAMPU JALAN ROSAK
25 Jun 2025 I Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menyelesaikan kerja-kerja penggantian lampu jalan LED yang rosak kepada unit baharu di sepanjang Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar. Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh kontraktor penyelenggaraan tahunan MBIP dan dipantau oleh Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan MBIP.
Tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MBIP dalam memastikan kemudahan pencahayaan awam sentiasa berada dalam keadaan baik demi:
1. Menjamin keselamatan pengguna jalan raya
2. Menyediakan persekitaran yang selesa dan cerah pada waktu malam
3. Mengurangkan risiko kemalangan dan jenayah
MBIP akan terus komited dalam mempertingkatkan mutu penyelenggaraan infrastruktur awam bagi kesejahteraan penduduk Iskandar Puteri.
