Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENGALIHAN TIANG LAMPU JALAN YANG DILANGGAR KENDERAAN
25 Jun 2025 I Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan kerja-kerja mencabut dan mengalihkan tiang lampu jalan yang telah condong akibat dilanggar oleh kenderaan di lokasi berkenaan.
Tindakan ini telah disempurnakan oleh kontraktor penyelenggaraan tahunan MBIP, dengan pemantauan rapi daripada Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan MBIP. Langkah segera ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, mengelakkan risiko kemalangan, serta mengekalkan kemudahan pencahayaan yang efisien di sepanjang laluan strategik tersebut. MBIP sentiasa komited terhadap aspek penyelenggaraan infrastruktur awam demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti Iskandar Puteri.


