Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN FASILITI TAMAN DI KAWASAN MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) kini sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan sepanjang jalan, penyelenggaraan dan penjagaan landskap di kawasan laman komuniti dan taman bandar sekitar Iskandar Puteri.
Lokasi terlibat:
1. Youth Park, Taman Sri Pulai
2. Jalan Rotan, Taman Teratai
3. Jalan Ilmu, Kampung Melayu Kangkar Pulai
4. Linear Park, Kangkar Pulai
Kerja-kerja yang sedang dijalankan melibatkan penyelenggaraan landskap taman permainan serta fasiliti taman, dan kini sedang dilaksanakan di tapak oleh kontraktor penyelenggaraan yang dilantik. Ia dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung Jun 2025.
MBIP sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan dan kesejahteraan penduduk, dengan memastikan penyediaan fasiliti rekreasi yang selesa, selamat dan mesra komuniti. Usaha ini selaras dengan komitmen MBIP dalam menjadikan Iskandar Puteri sebagai bandar yang mampan, sejahtera dan berdaya huni.



