Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
NAIK TARAF TAMAN PERMAINAN & FASILITI TAMAN
19 Jun 2025 I Perumahan Rakyat Flat Lima Kedai, Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf taman permainan di kawasan lapang Flat Lima Kedai sebagai usaha memperkukuh kemudahan rekreasi bagi penduduk perumahan rakyat.
Skop kerja merangkumi:
1. Pemasangan set permainan baharu
2. Pembinaan laluan kaki & wakaf
3. Peningkatan sistem saliran baharu dalam kawasan taman
Kemudahan ini kini telah sedia untuk digunakan secara percuma oleh penduduk setempat. MBIP terus komited dalam membekalkan fasiliti rekreasi yang komprehensif, mesra komuniti dan kondusif, terutamanya bagi menyokong kesejahteraan kanak-kanak serta keluarga di kawasan perumahan awam.

