Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
PENYELENGGARAAN LANDSKAP & FASILITI TAMAN DI KAWASAN MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan sepanjang jalan, penyelenggaraan dan penjagaan landskap di beberapa kawasan laman komuniti dan taman bandar yang menjadi tumpuan penduduk sekitar.
Lokasi terlibat:
- Jalan Silat Sinding, Bandar Selesa Jaya
- Jalan Makmur 18, Taman Damai Jaya
- Jalan Impian Emas 14
- Impian Park Tower
- Jalan Zapin 1, Skudai Baru
- Taman Rekreasi Persisiran Sungai Skudai
- Dataran Damai Jaya (Food Court)'
Kerja-kerja ini merangkumi penyelenggaraan landskap taman permainan serta fasiliti taman, yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor penyelenggaraan landskap dilantik. Kesemua kerja dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Jun 2025. Pihak MBIP amat menitikberatkan aspek pembangunan komuniti dan kesejahteraan awam dengan memastikan kemudahan rekreasi dan ruang hijau diselenggara dengan baik, bersih dan mesra pengguna. Usaha ini sejajar dengan misi MBIP untuk mewujudkan persekitaran bandar yang selesa, sejahtera dan lestari.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua penduduk Iskandar Puteri dalam menjaga kemudahan awam demi manfaat bersama.





