Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
TAKLIMAT PROGRAM PEMBANGUNAN INTEGRITI BERSAMA KOMUNITI “COMMUNITY INTEGRITY BUILDING” (CIB) OLEH INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
30 Jun 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menerima kunjungan rasmi daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi penyampaian taklimat Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti “Community Integrity Building” (CIB). Taklimat telah disampaikan oleh Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, IIM. Turut hadir ialah Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi IIM dan Encik Noranizam bin Nordin, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, IIM.
Taklimat ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan objektif, struktur dan pendekatan pelaksanaan Program CIB yang menekankan pembudayaan integriti secara kolaboratif antara komuniti dan pihak berkuasa tempatan. Pendekatan ini dilihat mampu memperkasakan peranan komuniti serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam melalui penglibatan masyarakat yang lebih aktif dan pemantauan yang telus. Program ini diharap dapat menjadi model amalan terbaik dalam membudayakan integriti di peringkat PBT, khususnya di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.


