Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PEMBAIKAN LAMPU JALAN
24 – 28 Jun 2025 I Leisure Farm, Gelang Patah
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian 103 unit lampu jalan di sekitar kawasan Leisure Farm.
Kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan oleh kontraktor penyelenggaraan MBIP bersama Pasukan Pembantu Kemahiran Elektrik MBIP, dan dipantau oleh Bahagian Mekanikal & Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan MBIP.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan perumahan kekal cerah, selamat dan mesra pengguna, khususnya:
1. Menyediakan pencahayaan yang baik waktu malam
2. Mengurangkan risiko kemalangan jalan raya
3. Meningkatkan keselamatan pejalan kaki & penunggang basikal
4. Membantu mencegah aktiviti jenayah
MBIP terus komited dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk melalui penyelenggaraan infrastruktur awam secara berkala dan berterusan.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi


