Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PENYELENGGARAAN LANDSKAP: PENEBANGAN & CANTASAN POKOK BERISIKO DI KAWASAN MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Tebang Cantas (UTC) bersama pihak kontraktor kini sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap melibatkan penebangan dan cantasan pokok berisiko di beberapa lokasi utama:
Lokasi terlibat:
1. Jalan Skudai–Pontian
2. Jalan Jasa, Taman Mutiara Rini
3. Taman Pulai Utama
4. Taman Bukit Indah
5. Laluan Pejalan Kaki, SK Taman Perling
Kerja-kerja di sepanjang Jalan Skudai–Pontian sedang giat dijalankan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir Julai 2025. Tindakan ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam, terutamanya melibatkan pokok-pokok yang berisiko tumbang atau rosak.
Selain itu, penyelenggaraan turut tertumpu di kawasan taman permainan dan perumahan sebagai langkah proaktif bagi memastikan pokok sentiasa dalam keadaan sihat, stabil dan selamat. Pihak Jabatan Landskap MBIP komited dalam mengekalkan keseimbangan antara kelestarian hijau bandar dan keselamatan awam, melalui pemantauan serta penilaian risiko secara berkala terhadap kesihatan pokok-pokok dalam kawasan pentadbiran MBIP.


