KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CEGAH WABAK DENGGI PERINGKAT MBIP TAHUN 2025
5 Julai 2025 | Flat Pulai Utama, Taman Pulai Utama

Majlis Pelancaran Kempen Cegah Wabak Denggi Peringkat MBIP Tahun 2025 telah berlangsung selaras dengan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha membanteras penularan wabak denggi di peringkat komuniti.
Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Encik Teo Teck Boon, Ahli Majlis Zon Pulai Utama MBIP dan turut dihadiri oleh Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam MBIP, YM Ungku Ahmad bin Ungku Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP, wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Columbia Asia Hospital Iskandar Puteri dan CBH Recycle serta penglibatan Southern Volunteers (SV).
Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap bahaya demam denggi dan kepentingan menjaga kebersihan kawasan persekitaran, selain untuk meningkatkan kecekapan dalam aktiviti kawalan denggi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan, jualan barangan kitar semula dan gotong-royong.
Tiada aedes, tiada denggi




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri