Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
MAJLIS PEMBUKAAN AUDIT INSPEKTORAT iAKKP MBIP TAHUN 2025
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan enam 6 orang Inspektorat daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi Audit Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (iAKKP) untuk menilai tahap keselamatan perlindungan di agensi kerajaan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
Majlis Pembukaan Audit Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (iAKKP) telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP dan diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pasukan Inspektorat, Kapten Addy Husszairi bin Husin, Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Negeri Johor. Sesi turut diisi dengan pembentangan skop serta metodologi pengauditan, diikuti perbincangan menyeluruh mengenai pelaksanaan audit iAKKP di MBIP.

