KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PEMBINAAN FASILITI TAMAN PERMAINAN DI ZON TAMAN PERLING & SEKITAR
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan taman permainan baharu di lima (5) lokasi berikut:
1. Jalan Undan 10, Taman Perling
2. Jalan Simbang 5, Taman Perling
3. Jalan Pucong 8, Taman Perling
4. Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri
5. Jalan Duta 2/4, Taman Nusa Duta
Kerja-kerja fizikal pembinaan telah siap sepenuhnya, manakala proses kerja akhir & pembersihan kawasan sedang dilaksanakan.
Kemudahan taman permainan ini dijangka boleh digunakan sepenuhnya selepas lawatan pemeriksaan akhir dijalankan dalam masa terdekat.
Pembangunan taman permainan ini merupakan sebahagian usaha MBIP untuk menyediakan ruang riadah berkualiti kepada komuniti, khususnya untuk menyokong perkembangan fizikal, sosial, emosi dan kognitif kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan. MBIP sentiasa komited untuk menambah baik kemudahan rekreasi demi kesejahteraan warga Iskandar Puteri.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri