Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PENYERAHAN INSENTIF KHEMAH KEPADA PENIAGA PASAR MALAM & PROGRAM JOM BAYAR LESEN
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) telah menyerahkan 87 unit khemah kepada penjaja Pasar Malam Skudai Baru sebagai usaha memperkukuh kemudahan perniagaan yang lebih sistematik, seragam dan profesional. Inisiatif ini selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Johor dalam membangunkan usahawan mikro secara menyeluruh.
MBIP turut menekankan aspek pembangunan kapasiti dan kemahiran usahawan, ke arah membentuk ekosistem ekonomi tempatan yang inklusif, mampan dan berdaya saing. Usaha ini menyokong misi menjadikan Johor sebagai negeri maju dan sejahtera untuk semua.

