Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Pihak MBIP telah melaksanakan aktiviti plogging di sepanjang Jalan Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah. Aktiviti ini dijalankan di kawasan kedai yang berhampiran dengan bantuan seramai 22 orang yang terdiri daripada kakitangan MBIP.
Melalui aktiviti ini, ia menjadi salah satu cara untuk kekal cergas di samping menyemai rasa tanggungjawab terhadap kebersihan sekeliling mereka. Hasil daripada aktiviti tersebut, sebanyak 33kg sampah-sarap telah berjaya dikutip dan dikumpulkan di sepanjang jalan tersebut.
Oleh itu, diharapkan melalui aktiviti plogging menjadi salah satu titik permulaan untuk menyedarkan komuniti setempat agar lebih prihatin terhadap kawasan persekitaran mereka.

