Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN PENANDA ARAS KE MENARA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
14 & 15 Julai 2025
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) telah melaksanakan lawatan penanda aras ke Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 14 dan 15 Julai 2025.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta maklumat terperinci berkaitan pelaksanaan, struktur organisasi, tatacara pengoperasian dan reka bentuk bilik kaunseling yang dilaksanakan di kedua-dua agensi. Perkongsian amalan terbaik yang diperoleh diharapkan dapat menjadi rujukan dalam perancangan dan pembangunan bilik kaunseling MBIP yang lebih sistematik, profesional dan memenuhi keperluan kesejahteraan psikologi warga kerja.
Pihak MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KWSP dan PKNS atas kesediaan menerima lawatan ini serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga jaringan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkasa usaha sokongan psikologi dalam sektor perkhidmatan awam.
Diharapkan lawatan ini menjadi langkah awal yang kukuh dalam usaha MBIP menyediakan ruang sokongan psikologi yang kondusif, selamat dan mesra kepada warga kerjanya.





