KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
INISIATIF BLUE CARBON ISKANDAR PUTERI: MELINDUNGI ALAM SEMULA JADI DEMI KELESTARIAN IKLIM
14 Julai 2025 I Jeti Pendekar Laut, Kampung Pendas Laut

Inisiatif Blue Carbon Iskandar Puteri merupakan manifestasi komitmen Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam menangani cabaran perubahan iklim menerusi pemeliharaan dan pemulihan ekosistem pesisir pantai, khususnya padang rumput laut (seagrass), hutan paya bakau dan Kawasan tanah lembap. Ekosistem ini dikenal pasti sebagai antara penyerap karbon semula jadi paling efisien di dunia, dengan keupayaan penyerapan karbon sehingga 35 kali lebih tinggi daripada hutan hujan tropika.
Menerusi kerjasama strategik bersama Iskandar Puteri Regional Committee (IPRC) yang merangkumi IRDA, JPNJ, UTM, SWM, Sunway City Iskandar Puteri, Biocon Sdn. Bhd. dan Kelab Alami, MBIP telah menganjurkan Lawatan Ekologi ke Padang Rumput Laut sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan ekosistem ini. Program yang melibatkan 25 peserta ini telah dijalankan di kawasan 'intertidal' padang rumput laut antara yang terbesar di Malaysia, bermula dengan taklimat keselamatan dan pengenalan ekosistem di Jeti Pendekar Laut sebelum peserta dibawa menaiki bot ke lokasi kajian. Sepanjang aktiviti, peserta diberi tugasan mengenal pasti spesis, memerhati biodiversiti marin serta memahami fungsi habitat sebagai sumber makanan dan perlindungan pelbagai hidupan laut seperti ikan, ketam dan dugong.
MBIP komited untuk terus memperkukuh inisiatif Blue Carbon ini menerusi pendekatan bersepadu dan kolaboratif merentas sector, selaras dengan matlamat pembangunan lestari (SDG) dan agenda pemuliharaan alam sekitar.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri