KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
LAWATAN PENANDAARASAN MBSJ KE MBIP BAGI PERKONGSIAN PENGURUSAN KUALITI DAN BANDAR PINTAR
17 Julai 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sempena Lawatan Penandaarasan bagi perkongsian berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan kualiti dan pelaksanaan bandar pintar yang diketuai oleh Puan Emilia binti Nasir, Penolong Pengarah Kanan Korporat dan Pengurusan Strategik. Ketibaan disambut mesra oleh pihak MBIP dan sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta taklimat yang dipengerusikan oleh Puan Salwa binti Abd Rashid, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBIP.
Sesi pembentangan dimulakan dengan penerangan berkaitan aspek pengurusan kualiti oleh Puan Hajah Fazliaton binti Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Strategik MBIP, diikuti dengan perkongsian ringkas mengenai pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh Encik Mohd Sharir bin Mohd Nor, Ketua Operasi Unit Bandar Pintar MBIP. Lawatan turut menampilkan perkongsian mengenai usaha memperkukuh integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam. Sesi diteruskan dengan perbincangan dan soal jawab bersama delegasi MBSJ yang berlangsung dalam suasana mesra dan interaktif, sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati. MBIP amat menghargai lawatan ini dan percaya bahawa jalinan kerjasama sebegini mampu memperkukuh tadbir urus serta memperluas jaringan strategik antara pihak berkuasa tempatan.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri