Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN GARISAN JALAN DI ZON KANGKAR PULAI, MBIP
Kerja-kerja penyelenggaraan garisan jalan (road marking) sedang dijalankan di sekitar kawasan SMK Kangkar Pulai oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBIP dalam memastikan infrastruktur jalan raya sentiasa berada dalam keadaan baik demi keselesaan dan keselamatan pengguna.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan terlibat dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama anda amat dihargai demi kelancaran kerja-kerja penyelenggaraan ini.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor

