KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
LAWATAN TEKNIKAL MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) BAGI PERKONGSIAN ILMU BERKENAAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN BANDAR PINTAR
18 Julai 2025 I Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu sesi lawatan teknikal. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan berkenaan perancangan dan pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang sedang dan telah dilaksanakan oleh MBIP.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TPr. Muhammad bin Abdullah, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, dan diikuti dengan ucapan balas oleh TPr. Ts. Haji Noraznizam bin Alias, Pemangku Pengarah Perancangan MBSA. Lawatan ini turut menyaksikan dua sesi pembentangan yang disampaikan oleh wakil Jabatan Perancangan dan Pembangunan serta Unit Bandar Pintar MBIP yang berkongsi tentang pelaksanaan teknologi pintar di Iskandar Puteri. Semoga lawatan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam merealisasikan pembangunan bandar yang mampan, inovatif dan berdaya huni.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri