Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP – PENEBANGAN & CANTASAN POKOK BERISIKO
LOKASI TERLIBAT:
Jalan Indah 12/1, Taman Bukit Indah
Jalan Sutera Jingga, Taman Sutera
Jalan Belibis, Taman Perling
Jalan Kosa, Taman Perling
Jalan Aman, Taman Damai Jaya
Jalan Keindahan 31, Taman Skudai Indah
Kerja-kerja cantasan dan penebangan pokok-pokok berisiko sedang giat dijalankan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP dan kontraktor yang dilantik, susulan aduan awam yang diterima. Tindakan ini bertujuan mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat, terutamanya di kawasan yang sering terdedah kepada insiden pokok tumbang. Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan turut dilaksanakan di taman permainan dan kawasan perumahan bagi memastikan kesihatan pokok berada dalam keadaan stabil dan terkawal.
Jabatan Landskap MBIP kekal komited dalam menjaga keseimbangan antara kelestarian pokok dan keselamatan awam. Penilaian risiko serta pemeriksaan kesihatan pokok dijalankan secara berjadual dan berterusan di seluruh kawasan pentadbiran MBIP demi menjamin persekitaran yang selamat dan lestari untuk komuniti.


