Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENJAGAAN LANDSKAP JALAN PROTOKOL MBIP (PAKEJ 1)
Lokasi : Jalan Skudai – Senai
Kerja-kerja penyelenggaraan landskap di sepanjang jalan protokol sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik bagi tempoh 24 bulan. Skop kerja meliputi pembersihan pasir di tepi jalan dan longkang menghala ke Wisma MBIP, kawasan hadapan bangunan TM, median jalan Taman Tun Aminah, jalan menghala ke Syahbandar, serta kutipan sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tumpuan turut diberikan kepada aspek kekemasan landskap serta kebersihan kawasan awam.
Pihak Jabatan Landskap MBIP sentiasa komited dalam memastikan jalan-jalan protokol di kawasan pentadbiran MBIP berada dalam keadaan bersih, tersusun dan kondusif. Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif memperindah imej bandar serta memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya dan komuniti setempat.


