Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
21 Julai 2025 | Flat Taman Melati, Taman Melawati, Skudai
Aktiviti Plogging dan Jalan Angkat telah berjaya dilaksanakan di kawasan Flat Taman Melati, Taman Melawati, Skudai. dengan penyertaan seramai 21 orang termasuk Ahli Majlis Zon 18: Encik Lim Soon Hai dan penduduk flat yang turut memberi sokongan dalam membersihkan kawasan tersebut.
Sebanyak 53kg sampah telah berjaya dibersihkan dan dikumpulkan. Sebahagian besar sampah dijumpai di dalam dan berhampiran longkang yang dibuang begitu sahaja tanpa rasa bertanggungjawab dengan kebersihan persekitaran. Tabiat membuang sampah merata-rata tempat ini boleh menjadi suatu ikutan orang sekeliling dan seterusnya mewujudkan budaya dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu, sikap ini semestinya perlu dicegah dan dibendung agar tidak berleluasa.
Aktiviti ini bukan sekadar membersihkan kawasan, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa kebersihan adalah tanggungjawab bersama. MBIP akan terus komited menjalankan aktiviti seperti ini dalam usaha membentuk komuniti yang lebih peka terhadap kebersihan persekitaran.

