Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
ISKANDAR PUTERI PERKUKUH USAHA PEMULIHARAAN KARBON BIRU
26 Julai 2025 | Jeti Memancing PNKJS, Kampung Pendas Baru, Gelang Patah, Johor
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama rakan strategik telah berjaya melaksanakan program Iskandar Puteri Blue Carbon bersempena sambutan Hari Pemulihan Ekosistem Hutan Bakau Sedunia. Melibatkan hampir 200 sukarelawan, aktiviti ini merangkumi penanaman 320 anak pokok bakau dan kutipan lebih 150kg sisa melalui aktiviti plogging, sebagai komitmen berterusan terhadap pemuliharaan karbon biru dan kelestarian alam sekitar.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kerangka Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) yang turut menyediakan Geran Komuniti untuk pelaksanaan program pendidikan dan pemetaan ekologi seperti Blue Carbon Trail di perairan Tanjung Kupang. MBIP komited menjadikan Iskandar Puteri sebagai peneraju program karbon biru dan model pembangunan mampan di Malaysia.



