KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2025
24 Julai 2025 | Tasik Ilmu, Taman Tropika, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik, CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save yang bertempat di Tasik Ilmu, Taman Tropika, UTM.
Hasil daripada program ini, sebanyak 15,585kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan yang terdiri daripada plastik, kertas, kadbod, besi, minyak masak terpakai, e-waste dan lain-lain lagi, sekaligus telah menyelamatkan 44,855.20kgCO2 faktor karbon.
Program ini diwujudkan sebagai satu alternatif kepada penyelesaian pembuangan sampah yang kini berleluasa di semua kawasan pentadbiran MBIP di mana komuniti hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu menggunakan konsep Waste To Wealth (WTW). Melalui program ini juga, komuniti juga dapat mendidik diri dan keluarga terutamanya kanak-kanak untuk mengasingkan jenis-jenis sampah mengikut kategori.
Selain itu, program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendidik komuniti tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Program kitar semula yang diadakan telah mendapat sambutan yang memuaskan dalam kalangan warga UTM dan komuniti setempat. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat yang menyertas program ini sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memberi peluang untuk generasi akan datang menikmati bumi yang lebih sihat.
JOM KITAR SEMULA



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri