KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Julai 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
LATIHAN KESELAMATAN BAHAN KIMIA DAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)
28 Julai 2025 I Auditorium, Aras 2, Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan sesi latihan bertajuk "Keselamatan Bahan Kimia dan Penggunaan Personal Protective Equipment (PPE)" yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap keselamatan pekerjaan yang melibatkan bahan kimia serta penggunaan peralatan perlindungan diri dalam kalangan kakitangan pelbagai jabatan. Peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan Jabatan Kejuruteraan, Kesihatan Awam dan sokongan am, termasuk Pembantu Kemahiran, Pembantu Khidmat Am, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Tadbir (P/O) dan Pembantu Kesihatan Awam.
Penganjuran latihan ini selaras dengan komitmen MBIP untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta memenuhi keperluan pematuhan terhadap piawaian keselamatan pekerjaan yang ditetapkan. Ia turut menjadi sebahagian daripada inisiatif pembangunan kompetensi berterusan bagi kakitangan barisan hadapan MBIP. Pihak pengurusan MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas kerjasama dan penyertaan yang diberikan serta berharap agar ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian demi memperkukuh budaya kerja selamat di organisasi.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri