Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN PENANDAARASAN MBJB KE MBIP BAGI SISTEM PENGURUSAN E-PEROLEHAN
7 Ogos 2025 | Bangunan Temenggong Ibrahim, Medini Iskandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menerima lawatan penandaarasan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh Encik Norazeman bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan MBJB, bagi tujuan perkongsian berkenaan pelaksanaan Sistem Pengurusan e-Perolehan. Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Unit Perolehan MBIP yang memberi gambaran menyeluruh mengenai pelaksanaan sistem berkenaan di MBIP yang menekankan aspek kecekapan, ketelusan dan pematuhan. Sesi diteruskan dengan soal jawab dan pertukaran pandangan secara dua hala. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan simbol jalinan kerjasama berterusan ke arah pentadbiran yang lebih inovatif dan efisien.




