KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
LAWATAN KEMAJUAN KERJA TMIYC ISKANDAR PUTERI
7 Ogos 2025 | Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Iskandar Puteri
Lawatan kemajuan kerja Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri telah diadakan bagi meninjau perkembangan semasa projek pembinaan yang sedang giat dijalankan. Lawatan ini melibatkan pemantauan secara menyeluruh terhadap kemajuan fizikal, kepatuhan kepada spesifikasi teknikal serta pelaksanaan kerja mengikut jadual yang ditetapkan. YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah melapangkan masa dalam sesi lawatan pada kali ini yang turut menekankan kepentingan kecekapan dalam pelaksanaan projek pembangunan belia ini.
Melalui lawatan ini, pihak pentadbiran dapat memastikan setiap aspek pelaksanaan projek mematuhi piawaian yang ditetapkan dan berjalan lancar demi merealisasikan hasrat menjadikan TMIYC Iskandar Puteri sebagai pusat pembangunan belia bertaraf antarabangsa. Komitmen berterusan daripada semua pihak amat penting dalam menjayakan inisiatif pembangunan belia yang strategik dan berimpak tinggi ini.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri