KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
SESI PERBINCANGAN PELAKSANAAN KERJASAMA BAGI PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI JOHOR
5 Ogos 2025 I Kompleks Pejabat SPRM Johor
Unit Integriti MBIP telah mengadakan sesi perbincangan pelaksanaan kerjasama bagi Program Pengukuhan Integriti dan Antirasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor yang diadakan di Ibu Pejabat SPRM Negeri Johor.
Sesi perbincangan ini telah diketuai oleh Tuan Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Johor. Turut hadir sama PPj Mohd Ridzuan bin Bahrin selaku Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat serta PKPs Ahmad Azmi bin Abd Majid dan PPs Malani Devi a/p Bhaskaran dari Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Johor.
Hubungan kerjasama strategik ini merupakan sebagai satu langkah proaktif ke arah memperkukuh nilai integriti serta membudayakan amalan tadbir urus di antara MBIP dan SPRM Johor yang telus dan beretika serta langkah -langkah mencegah rasuah dalam kalangan warga kerja MBIP dan pihak berkepentingan. Perbincangan ini adalah merupakan platform bagi kedua-dua pihak mengutarakan pandangan dan cadangan bagi melaksanakan program bersiri yang akan di anjurkan oleh MBIP sempena Hari Integriti Nasional bagi tahun 2025.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak SPRM Johor atas komitmen dan sokongan berterusan kepada pihak MBIP dalam usaha meningkatkan pengurusan tatakelola secara berkesan serta memerangi rasuah memerlukan pendekatan menyeluruh yang melibatkan pendidikan, penguatkuasaan undang-undang, serta kesedaran masyarakat.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri