Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENJAGAAN LANDSKAP JALAN PROTOKOL & LAMAN KOMUNITI
LOKASI:
- Jalan Skudai-Senai
- Taman Rekreasi Taman Bukit Indah
Kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan landskap di sepanjang jalan protokol dan laman komuniti telah dijalankan yang merangkumi pembersihan pasir di tepi jalan dan longkang, aktiviti merumpai, menggembur tanah, pemotongan rumput serta cantasan pokok dan pokok renek mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pihak Jabatan sentiasa berusaha bagi memastikan kawasan di bawah pentadbiran MBIP berada dalam keadaan yang baik dan kondusif bagi kegunaan bersama, sekali gus menjamin kesejahteraan, keselesaan, dan kelestarian alam sekitar untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


