Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
PERHIMPUNAN PAGI MBIP
11 Ogos 2025 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Perhimpunan Pagi yang melibatkan penyertaan warga kerja MBIP. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan dan perutusan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP yang menekankan kepentingan kefahaman dalam pengurusan kerja, integriti, dan komitmen terhadap tanggungjawab masing-masing.
Turut diadakan Taklimat Potongan Cukai Bulanan (PCB) oleh Encik Norhisham bin Ali, Eksekutif Hasil Kanan II, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai tatacara potongan cukai. Majlis juga memperkenalkan warga kerja baharu MBIP sebagai ahli keluarga besar organisasi.


