Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT PEMANTAUAN 1 SISTEM PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN MS ISO 45001:2018
11 Ogos 2025 | Dewan Persidangan, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan 1 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan MS ISO 45001:2018 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MBIP sentiasa berada pada standard yang ditetapkan.
Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan MBIP dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan warga kerja melalui penambahbaikan berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 45001:2018. Hasil penilaian ini diharap dapat memberikan panduan serta cadangan penambahbaikan untuk memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat, dan produktif.

