Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
BENGKEL PEMURNIAAN DRAF PERINTAH LALU LINTAS JALAN (PERUNTUKAN TEMPAT LETAK KERETA)
11 Ogos 2025 | Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri
Sesi Hands-On Bengkel Pemurniaan Draf Perintah Lalu Lintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor telah berlangsung dengan penyertaan Pegawai Undang-Undang dan Penolong Pegawai Undang-Undang daripada pelbagai pihak berkuasa tempatan di negeri Johor yang dikendalikan oleh Tuan Mohamad Zulfadhli bin Tuah, Peguam Persekutuan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor selaku moderator.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh dan memurnikan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan di negeri Johor. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform bagi para pegawai untuk bertukar pandangan, mengemukakan pendapat perundangan, serta berkongsi pengalaman berkaitan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, memperkukuh integriti perkhidmatan, dan memastikan kualiti penyampaian yang lebih cekap dan mesra rakyat.

