Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
KONTINJEN MBIP MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
31 Ogos 2025 | Dataran Mahkota, Pasir Gudang
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) turut menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Daerah Johor Bahru dengan kekuatan kontinjen yang penuh bersemangat, memperlihatkan komitmen tinggi warga bandaraya dalam meraikan bulan kemerdekaan.
Dalam acara perbarisan tersebut, kontinjen MBIP telah berjaya meraih Naib Johan Perbarisan Terbaik serta tempat ketiga bagi Kategori Sepanduk. Pencapaian ini menjadi bukti kesungguhan kontinjen MBIP dalam menampilkan disiplin, kekompakan dan semangat patriotik yang tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen MBIP atas kejayaan membanggakan di pentas daerah ini!




