Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
LAWATAN TAPAK PEMBINAAN TAMAN NUSABAYU
Lawatan tapak ini diadakan bagi menilai semula tahap pematuhan syarat selepas tamat tempoh notis dua minggu yang dikeluarkan kepada pihak pemaju susulan Notis Memberhentikan Kerja. Dalam sesi perbincangan, YBhg. Datuk Bandar MBIP telah mengarahkan beberapa jabatan teknikal yang terlibat untuk membentangkan status serta peratus kemajuan projek bagi tujuan pengesahan siap kerja.
Hasil lawatan mendapati pemaju mematuhi sebahagian besar arahan termasuk kawalan kerjatanah, keselamatan tapak dan jalan awam. Namun, beberapa aspek masih perlu dibaiki segera. Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan sebelum Kebenaran Kerja Semula diluluskan. Turut hadir YB Datuk Pandak bin Ahmad (ADUN Kota Iskandar), Encik Mohd Akmal bin Melan (Ahli Majlis Zon 8)serta wakil jabatan dan agensi berkaitan.


