Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR 1447H/2025M
Majlis pada kali ini telah diserikan dengan pelbagai pengisian bermula dengan Perarakan Maulidur Rasul, Ceramah Khas Maulidur Rasul, Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, serta Bacaan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang pastinya menambahkan keberkatan dan kemeriahan sambutan. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) juga mencatat kejayaan apabila memenangi 3 kategori utama iaitu:
- Johan Perarakan Terbaik (Kerajaan)
- Penyertaan Kontijen Teramai
- Sepanduk Terbaik Ketiga (Kerajaan)
Kejayaan ini melibatkan penyertaan seramai 200 orang kakitangan MBIP yang penuh semangat dan komitmen. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dan diterima oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP. Tahniah & syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!





