KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
PROGRAM PENANAMAN BAKAU ‘REPLANT : REGROW NATURE’ SEMPENA HARI SUNGAI SEDUNIA 2025
9 September 2025 | Jeti Pendekar Laut, Kampung Pendas

Sempena sambutan Hari Sungai Sedunia 2025, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Kelab Alami telah melaksanakan Program Penanaman Bakau bertemakan ‘Replant : Regrow Nature’. Program ini melibatkan penyertaan hampir 30 orang sukarelawan yang bersama-sama menjalankan aktiviti penyelamatan anak pokok bakau untuk disemai dan ditanam semula di kawasan pesisir Iskandar Puteri.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MBIP dalam usaha melindungi dan memulihara ekosistem pesisir Iskandar Puteri. Pokok bakau merupakan komponen penting dalam kelestarian alam sekitar, berperanan sebagai benteng semula jadi serta habitat utama bagi pelbagai hidupan marin.
MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri