Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-68 MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
9 September 2025 | Dewan Auditorium, Aras 1, Bangunan Temenggong Ibrahim, Majlis Bandaraya Iskandar puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) telah menganjurkan Pertandingan Video Kreatif Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-68 yang berlangsung secara atas talian pada 29 Julai 2025 hingga 29 Ogos 2025. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah di kawasan pentadbiran MBIP sebagai platform untuk menonjolkan bakat, kreativiti serta semangat cintakan negara.
Majlis penutup pertandingan diserikan dengan kehadiran YM Ungku Ahmad bin Ungku Hj Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP, barisan panel juri Tuan Haji Muzhaffar bin Ra'il, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, En. Muhammad Hafizal Johari bin Abdul Wahab, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Puan Nurul Nabila Huda binti Johan, Pegawai Tadbir, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam.
Seramai 10 finalis terbaik telah dipilih untuk membuat pembentangan mengenai hasil karya video kreatif masing-masing semasa majlis penutup. Hasil karya yang dipersembahkan bukan sahaja menggambarkan keaslian idea dan kreativiti, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan pertandingan ini. Semoga usaha ini dapat menjadi wadah berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdaya kreatif dan cinta akan tanah air.

