Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
OPERASI SEMAKAN LESEN PENJAJA & BANCIAN
Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Semakan Lesen Penjaja dan Bancian di Tapak Pasar Malam Jalan Putra 2, Taman Tan Sri Yaacob. Operasi ini dijalankan bagi menyemak status lesen penjaja, menjalankan bancian peniaga serta memastikan tiada warga asing menjalankan perniagaan tanpa kebenaran. Sebanyak empat (4) Notis Henti Niaga telah dikeluarkan kepada peniaga yang tidak memiliki lesen sah.
Turut hadir memantau operasi ialah Puan Dalela binti Sakiaman,Ahli Majlis Zon Sutera Utama yang menyatakan sokongan terhadap usaha ini demi memastikan pematuhan syarat perlesenan serta menjaga kepentingan peniaga berlesen dan masyarakat setempat. Jabatan Pelesenan MBIP akan meneruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan perniagaan kekal teratur, patuh undang-undang dan bebas daripada peniaga tanpa kebenaran.


