Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
OPERASI SEMAKAN LESEN & BANCIAN PENJAJA
Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan dua siri Operasi Semakan Lesen dan Bancian Penjaja pada di tapak pasar malam Jalan Hang Tuah, Taman Skudai Baru. Operasi ini turut dihadiri oleh Encik Lim Soon Hai, Ahli Majlis Zon 18 Skudai Baru yang menyatakan sokongan terhadap usaha penguatkuasaan demi memastikan peniaga mematuhi peraturan. Fokus operasi adalah mengesan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang melanggar syarat pelesenan serta membanteras aktiviti warga asing yang berniaga tanpa kebenaran.
Sepanjang dua siri operasi ini, sejumlah lima (5) notis kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga atas kesalahan pelanggaran syarat lesen, manakala tindakan sitaan turut dilakukan terhadap barangan peniaga yang gagal mematuhi peraturan. Pihak Majlis menegaskan operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan suasana perniagaan kekal teratur, sah dan kondusif untuk masyarakat setempat.


