Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
OPERASI SEMAKAN LESEN PENJAJA
11 September 2025 I Tapak Pasar Malam Jalan Impian Emas 3 & 4, Taman Impian Emas
Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Semakan Lesen Penjaja di tapak pasar malam Jalan Impian Emas 3 & 4, Taman Impian Emas. Operasi ini turut disertai oleh Puan Lau Mei Yok, Ahli Majlis Zon 15: Impian Emas yang hadir meninjau perjalanan operasi.
Fokus utama operasi ini adalah semakan dan pengesahan lesen penjaja pasar malam, pemeriksaan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran, serta pengesanan salah laku penggunaan lesen termasuk pemindahan lesen kepada pihak ketiga. Operasi ini dijalankan bagi memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan, menjaga ketenteraman awam, dan memastikan tapak pasar malam diurus secara teratur dan berlesen.


