Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
PROGRAM SEMARAK MERDEKA MALAYSIA MADANI 2025 (MBPK) PERINGKAT KEBANGSAAN
10 September 2025 | Hutan Bandar Mutiara Rini
Program Semarak Merdeka Malaysia Madani 2025 (MBPK) Peringkat Kebangsaan telah dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Program ini menampilkan aktiviti penanaman pokok sayuran menggunakan kaedah semaian biji benih dan sesi penerangan ringkas tanaman padi huma.
Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dari Johor Bahru, Muar, Melaka, Batu Pahat, serta Sekolah Princess Elizabeth. Penyertaan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada aktiviti sampingan Kebun Komuniti Bandar, dengan matlamat memupuk minat, semangat kerjasama, dan integrasi sosial dalam kalangan pelajar melalui aktiviti kebun komuniti bandar.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah guru pengiring iaitu Encik Ibrahim Bin Jelani, Puan Ibhaliza Binti Ibrahim, Puan Husna Binti Abu Samah dan Encik Azmi Bin Kusnin serta barisan warga kerja Unit Hutan Bandar Mutiara Rini dari Bahagian Pengurusan Taman Awam dan Tapak Semaian, Jabatan Landskap MBIP.
Penganjuran ini bukan sahaja memperkukuh kesedaran awal tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar, malah turut memberi pengalaman baru kepada murid pendidikan khas mengenai kaedah penanaman pokok sayur. Secara tidak langsung, ia membentuk jati diri yang berteraskan nilai cintakan alam sekitar, tanggungjawab sosial, dan semangat kerjasama.
Semoga usaha murni ini dapat terus menyemai kesedaran hijau dalam kalangan generasi muda, demi kesejahteraan bandar raya pada masa hadapan.



