KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK
Kerja-kerja penebangan dan cantasan pokok berisiko sedang giat dijalankan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP bersama kontraktor yang dilantik. Tindakan ini dilaksanakan susulan aduan orang awam bagi mencegah sebarang insiden yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Penyelenggaraan ini melibatkan beberapa lokasi tumpuan iaitu Horizon Hill, Jalan Ismail Sultan, Jalan Sentral 11, Nusa Idaman 3, Jalan Kebangsaan 13 Taman Universiti, Persiaran Bakti 1, Jalan Penyiaran Taman Universiti dan Jalan Sejahtera Taman Desa Skudai.
Pihak Jabatan Landskap MBIP komited memastikan keseimbangan antara kesihatan pokok dan keselamatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik. Penilaian risiko dan pemeriksaan kesihatan pokok dijalankan secara berterusan bagi memastikan pokok-pokok berada dalam keadaan sihat dan stabil serta mengurangkan risiko kepada orang awam, seterusnya mengekalkan kelestarian ekosistem bandar dalam kawasan pentadbiran MBIP.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri