KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
LAWATAN SUSULAN ADUAN ISU TEMPAT LETAK KENDERAAN DI RUMAH PANGSA JALAN CAMAR, TAMAN PERLING
12 September 2025 | Rumah Pangsa Zon 1H, Jalan Camar 12, Taman Perling

Aduan telah diterima daripada penduduk Rumah Pangsa Zon 1H, Jalan Camar 12, Taman Perling berhubung kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan. Lawatan ini dijalankan bagi menilai situasi sebenar, mengenal pasti punca isu serta mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai. Turut hadir bersama ialah YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, Encik Mohammad Kamarul Ehsan Bin Isa, wakil dari Pejabat Menteri Besar Johor, Encik Shahrullizam Bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia, UDA Land, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengarah-pengarah serta pegawai MBIP.
Rumah Pangsa Zon 1H adalah skim pemajuan strata yang tertakluk kepada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan Kawasan harta Bersama adalah di bawah seliaan penuh dan tanggungjawab perbadanan pengurusan (MC) Rumah Pangsa Zon 1H.
Hasil lawatan mendapati jumlah kenderaan yang bertambah menyebabkan masalah parkir, sehingga ada kenderaan diletakkan di bahu jalan dan laluan utama yang mengganggu aliran trafik. MBIP mengesyorkan pihak pengurusan membawa isu ini ke Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk mendapatkan kelulusan menggunakan kawasan harta bersama sebagai lot parkir tambahan.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri