Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
PROGRAM SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2025 PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
28 September 2025 | Kampung Pendas Baru, Gelang Patah
Sambutan Hari Sungai Sedunia 2025 peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor; Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar; YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP; YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP; Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP; ahli-ahli Majlis MBIP; pengarah-pengarah jabatan; serta orang ramai yang turut memeriahkan program.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datuk Bandar MBIP, yang mengingatkan semua pihak agar terus menjaga dan memelihara sungai supaya kekal bersih, selamat dan lestari. Beliau turut berharap agar pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, memulihara ekosistem sungai dan memberi manfaat kepada komuniti setempat. Majlis diteruskan dengan perasmian penutup oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon. Dif jemputan turut dibawa melawat ke booth pameran yang disediakan dan seterusnya meneruskan lawatan ke mini zoo.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di arca Maju Johor ditepi Sungai Pendas. MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan dan rakan strategik yang menjayakan program ini. Semoga semangat menjaga sungai dan memelihara ekosistem terus dipupuk demi kesejahteraan bersama dan bumi yang lebih hijau.














