KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
SESI PERKONGSIAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) DI WORLD EXPO 2025 OSAKA @ MINGGU JOHOR
18 September 2025 I Pavilion Malaysia

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor, khususnya Invest Johor, atas peluang yang diberikan untuk membuat perkongsian dalam sesi Pocket Talk di Pavilion Malaysia sempena World Expo 2025 Osaka.
Dalam perkongsian tersebut, Encik Safwan bin Shaari, Ketua Unit Kelestarian dan Kesejahteraan Bandar, Jabatan Perancangan Pembangunan MBIP, telah membentangkan topik bertajuk:“Iskandar Puteri: Green Catalyst for Sustainable Development in JS-SEZ.”
Sesi ini telah dihadiri oleh peserta dari Jepun yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta dan organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO/NGO), di samping delegasi Malaysia dan Johor. Kehadiran yang pelbagai ini telah membuka ruang perbincangan yang bermakna serta potensi kerjasama strategik, khususnya dalam memperkukuh peranan Iskandar Puteri sebagai pemangkin pembangunan mampan di bawah rangka Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
MBIP akan terus komited untuk memainkan peranan aktif dalam membina bandar yang pintar, mampa dan sejahtera, demi kesejahteraan komuniti serta meningkatkan daya tarikan pelaburan antarabangsa.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri