KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
OPERASI SEMAKAN LESEN PENJAJA & BANCIAN SERTA PENCEGAHAN PENIAGA WARGA ASING
22 September 2025 I Pasar Malam Taman Teratai

Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Semakan Lesen Penjaja dan Bancian di tapak pasar malam Taman Teratai. Operasi ini turut memberi tumpuan kepada aspek pencegahan peniaga warga asing, selaras dengan ketetapan bahawa peniaga warga asing sama sekali tidak dibenarkan berniaga di kawasan pasar malam. Turut hadir dalam operasi ini ialah Encik New Kian Kiong, Ahli Majlis Zon 4: Sri Pulai yang bersama-sama meninjau dan memberi sokongan terhadap pelaksanaan penguatkuasaan.
Hasil operasi mendapati sebanyak 09 notis henti niaga telah dikeluarkan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen sah dan juga kepada peniaga warga asing. Operasi ini dijalankan bagi memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan yang telah ditetapkan, membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen, menguatkuasakan larangan penuh terhadap peniaga warga asing dan membuat bancian untuk rekod rasmi jabatan. Jabatan akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi memastikan pengurusan pasar malam lebih tersusun, mematuhi undang-undang dan memberi keselesaan kepada pengunjung serta peniaga berlesen.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri