Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
SEMINAR PENDIDIKAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA 2025
22 September 2025 | Auditorium, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Dan Pemerkasaan Komuniti Strata yang telah menerima penyertaan seramai 250 orang wakil dari Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), Ejen Pengurusan dan Pemaju dari skim perumahan berstrata yang berada di dalam kawasan pentadbiran MBIP. Seminar ini juga turut dihadiri oleh wakil dari Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor.
Antara topik-topik yang disampaikan menerusi seminar ini adalah (1) Tatacara Sitaan Harta Alih, (2) Cukai Harta, (3) Prosedur Penggunaan & Pengurusan Akaun Penyenggaraan & Kumpulan Wang Penjelas di Skim Berstrata.
YM Ungku Suzana Binti Ungku Mohamad, Setiausaha MBIP, Merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBIP hadir bagi merasmikan seminar ini yang bertujuan untuk mencapai matlamat penyampaian informasi, membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi kebanyakan kediaman berstrata serta menerangkan berkenaan peranan serta tanggungjawab pihak terlibat bagi memastikan penyelenggaraan dan pengurusan semua skim strata dapat diuruskan dengan sempurna.
Pihak MBIP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Inspektor Nurul Nadia Binti Watimin, Inspektor Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan; Sr. Zatul Amri Bin Zainal, Pegawai Penilaian MBIP dan Tuan S.M. Palaniappan, Pegawai Undang-Undang, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah sudi memenuhi undangan sebagai penceramah.
Hadir sama, Sr Eniza Binti Zainal Abidin, Pengarah Pesuruhjaya Bangunan; Ahli-ahli Majlis MBIP; Pengarah serta Pegawai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
"Bandaraya Pintar, Mampan, Sejahtera"


