Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
TAKLIMAT & LAWATAN TEKNIKAL PELAKSANAAN INISIATIF BANDAR RENDAH KARBON DAN ‘COMMON UTILITY TRENCHES’ (CUT) DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
19 September 2025 | Dewan Persidangan, Aras 2, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menerima lawatan kerja daripada delegasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang diketuai oleh Tuan Aznan bin Hj Hassan, Timbalan Datuk Bandar MBPJ. Delegasi MBPJ disambut baik oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim bersama Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis MBIP.
Taklimat berkenaan Inisiatif Bandar Rendah Karbon di Iskandar Puteri disampaikan oleh Encik Mohammad Hassan bin Kadir, Pegawai Perancangan Bandar dan Desa MBIP, dan diteruskan dengan taklimat berkenaan 'Common Utility Trenches' (CUT) yang disampaikan oleh Ir. Ts. Mohd Zamri bin Buang, Penolong Pengarah Kawalan Infrastruktur dan Projek Khas, bersama En. Mohd Reza Haris Ong, Ketua Pengurusan Infrastruktur, Iskandar Investment Berhad.
Diharap kerjasama ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam transformasi pembangunan bandar yang lebih berdaya huni, berstruktur dan mesra alam.



