Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
OPERASI SEMAKAN LESEN & BANCIAN PENIAGA
18 September 2025 I Tapak Pasar Malam Jalan Hang Lekir, Taman Skudai Baru
Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan MBIP telah mengadakan operasi semakan lesen dan bancian peniaga di tapak pasar malam Jalan Hang Lekir, Taman Skudai Baru. Fokus utama operasi adalah pemeriksaan lesen penjaja dan bancian peniaga, tindakan pencegahan terhadap peniaga warga asing serta penguatkuasaan ke atas salah laku syarat pelesenan.
2 peniaga telah dikenakan tindakan sitaan kerana berniaga tanpa lesen sah manakala 3 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pelesenan. Operasi ini turut dihadiri oleh Encik Lim Soon Hai, Ahli Majlis Skudai Baru bagi menyokong usaha pemantauan dan penguatkuasaan di tapak pasar malam. Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang, mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur serta menjaga kepentingan peniaga berlesen dan masyarakat setempat.



