KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2025
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
PROGRAM ECO LEADERS
12 September 2025 I Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini

Program Eco Leaders telah dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Dr. Siti Hidayah Binti Abu Talib, dengan kerjasama Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Program ini telah disertai seramai 60 orang pelajar Tingkatan 1 dan dikendalikan oleh barisan fasilitator daripada Jabatan Landskap MBIP.
Antara sekolah yang terlibat ialah:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Usman Awang
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini

Fokus utama program adalah memberikan pendedahan berkenaan Herbarium serta kepentingannya dalam bidang pembelajaran, penyelidikan, dan pemuliharaan biodiversiti. Aktiviti dijalankan di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini, di mana para pelajar diperkenalkan dengan teknik asas pengumpulan, penyediaan, dan dokumentasi spesimen tumbuhan.
Antara spesies pokok yang telah dijadikan sampel herbarium ialah:
• Mesua ferrea – Penaga Lilin
• Lepisanthes alata – Pokok Johor
• Pentaspadon motleyi – Pelong Licin
• Samanea saman – Samanea saman
• Calophyllum incrassatum Hend – Bentangor Laut Daun Panjang
• Syzygium polyanthum – Pokok Salam
Penyertaan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada aktiviti akademik sains dengan matlamat memupuk minat, semangat kerjasama, dan integrasi sosial dalam kalangan pelajar. Penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh kesedaran awal tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar, malah turut memberi pengalaman baharu kepada pelajar dalam menyediakan koleksi herbarium. Secara tidak langsung, ia memberikan pengetahuan yang berteraskan nilai cintakan alam sekitar, tanggungjawab sosial, dan semangat bekerjasama.
Kesimpulannya, usaha murni ini diharap dapat terus menyemai kesedaran hijau dalam kalangan generasi muda, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan bandar raya pada masa hadapan.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri